CADBURY DAN KAMU bab 1

" AYA! Ady tak nak lah pakai baju ni! Macam perempuan je. Kita main game lain lah."

            Ady berasa rimas apabila dipaksa oleh Aya untuk memakai gaun perempuan semata - mata untuk bermain 'kahwin-kahwin' dengan Aya. Jika dia tidak berbuat demikian mulalah Aya merengek dan tidak mahu berkawan dengannya. Dia mengenali Aya kerana keluarga mereka berteman rapat. Ady suka akan Aya yang berusia 4 tahun lebih muda daripadanya. Cinta monyetlah katakan. Pada waktu ini dia berusia sepuluh tahun. Walaupun Aya seorang anak manja tetapi dia tetap berasa senang dengan budak perempuan itu.

"Ady! Cepatlah! Jom kita kahwin. Kompang dah tunggu tu!" Aya menjerit. Dia pula mengenakan baju T milik ayahnya dan seluar pendek. Nak nampak macam 'pengantin lelaki' lah gamaknya. "Ady ni lembablah! Macam perempuan menangis pula!" Aya menghentakkan kakinya dan lari masuk ke dalam rumah. Geram Ady tidak mahu bermain dengannya.

"Aya. Aya. Aya. Keluar la. Jangan merajuk. Ady ada coklat ni. Kita share nak? Keluar la Aya." Puas Ady memujuk. Pintu bilik Aya terbuka. Aya menjengulkan kepalanya sedikit. Mata bundarnya memandang Ady.
"Aya nak coklat tu semua boleh?" lantas Ady mengangguk dan menghulurkan coklat Cadbury Blackforest kepada Aya. Dia tahu kegemaran Aya. "Jomlah sambung main." kata Ady. " Tak naklah. Aya nak makan coklat. Jom duduk kat luar!" Ditariknya tangan Ady ke luar rumah banglo itu.

" Aya jangan merajuk tau. Nanti lepas Ady dah besar, jadi engineer, lepas tu kahwin dengan Aya, Ady beli banyak banyak banyak coklat untuk Aya." Ady bercakap sambil mendepakan tangannya menunjukkan betapa banyaknya coklat yang dia hendak beri. "Betul ke Ady nak kahwin dengan Aya? Janji tau lepas tu beli ckolat banyak kat Aya!" kata Aya dengan senyuman yang lebar. 'Comel sungguh dia ni.' bisik hati Ady.

No comments:

Post a Comment

iligirlpower copyright @ hak milik terpelihara ili wanie