"Teringat kau buat apa? Bukan dapat duit pun. Bazir elektrik je." Kata-kata Soffi mencetuskan bunyi ketawa Afiq.
'Nak fikir pasal Afiq? Huh, dia bukan nak fikir pasal aku pun. Aku je yang syok sendiri kat sini. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Hmm'
"Soffi, nanti petang kau busy tak? Keluar jom? Tengok wayang nak? Aku dengar classmate aku cakap cerita The Avengers best. Jom lah! Jom lah!" Afiq dah buat muka sekupang dia tu. Ingat comel la tu?
" Weyh, aku rasa tak boleh la. Weekend ni je la. Assignment aku banyak. Nanti kalau aku free aku bagi tau kau."
" Okey kalau macam tu but promise me okay?" senyuman Afiq mula melebar. Untung dapat study sekali dengan Soffi kat kolej yang sama. Afiq kini berusia 18 tahun, begitu juga Soffi.
........................................
" Abang, betul ke apa yang kita buat ni? Nanti Aya tak marah ke? Dia kan masih study?" Tanya Datin Suhaila kepada Datuk Muhammad Danial.
"Abang tahu tapi dulu kita dah janji nak jodohkan Aya dengan Ady bila Aya dah umur 18 tahun. Lagi pun buat apa Aya nak marah. Ady kan bestfriend dia since mereka kecil lagi. It won't be a big problem. She has to agree with this. Sampai saja birthday Aya next two month, we have to tell her about this marriage plan." kata Datuk Danial.
" Ikut suka hati abang lah. As long as she not run away from our house. Saya tak boleh hidup tanpa dia. She is my life." mata Datin Suhaila mula bergelinangan air mata.
.............................................
"Bro, aku tengok kau asyik berkepit je dengan minah saleh tu. Ada apa- apa ke?" tanya Fadli kepada Afiq.
Mereka baru sahaja selesai game di gelanggang futsal.
" Minah saleh? Soffi ke? Aku dengan dia tak ada apa- apa la. We're just bestfriend. Lagipun mana la dia nak syok kat aku. Ni pun aku punya susah nak dekat dengan dia apatah lagi nak couple dengan dia."
" Kau kot yang tak laku. Kau bajet je hensem." sinis Fadli.
Muka Afiq mula kemerahan menahan geram. lalu dia mencengkam leher baju Fadli. " Kau cakap elok- elok sikit eh. Nanti pecah kang mulut kau tu."
" Eh, apa kau ni. Betul apa aku cakap. Kita betting. Kau couple dengan dia dan kita tengok siapa tinggal siapa. Kalau kau tinggalkan dia lepas 5 bulan, kau yang menang. Kalau kau yang kena tinggal sebelum 5 bulan tu, kau kalah. Amacam? Ada bran?" kata Fadli.
" Kau cabar aku ke? Kau silap orang la. Aku ni pantang dicabar. Ok, 5k. Deal?" Afiq pantang dicabar. Namun tindakannya tidak mempertimbangkan apa yang bakal terjadi terhadap persahabatannya dengan Soffi. Lagipun, baginya ni semua salah Soffi kerana dari dahulu enggan bercinta dengannya. Masa ini masa yang sesuai untuk menagih cinta Soffi kerana Soffi mula mempercayainya.
"Hello, Soffi. Jadi ek malam ni kita keluar? Aku jemput kau kat rumah pukul 8 malam. Jangan lambat sangat."
kata Afiq.
" Ha. Aku tahu. Kau jangan risau la. Sebab aku bukannya mekap pun. Kau tu yang selalu lambat. Lembab macam broadband aku je."
" Kau kutuk aku ke Soffi. Sampainya hatimu."
" Kau terasa ke? Sorry la bro. Takpe nanti kau sampai je rumah aku, aku pujuk kau."
" Tak nak ah. Aku nak kau pujuk sekarang jugak."
" Gedik geda'ah betul kau ni kan? Ye la. nanti aku belanja kau makan ais krim BR. Kau kan suka makan aiskrim."
" Betul ni? Kau yang cakap ok? Kau jangan tipu aku. Aku rakam conversations kita. Haha."
" Afiq, kau ni scary betul. Aku janji."
"Okaylah, ni yang buat aku sayang kau ni. Ill see you then, bye dear."
"Hmm. bye."
'aku pun sayang kau jugak Afiq. Tapi aku takut nak bagi tau kau. Takut friendship kita tergugat.' kata hati Soffi.
....................................................
"Kita nak tengok cerita apa ni?" tanya Soffi.
"Hmm.. Kita tengok The Avengers lah. Kan hari tu aku dah bagitahu kau. Kau tunggu kat sini aku pergi beli tiket." balas Afiq.
" Tak nak la. Aku pergi beli popcorn and air. Kau nak apa?"
" Kau beli lah apa-apa pun. Nanti tunggu aku kat depan tu okey?'' kata Afiq.
"Cat, you nak apa? I'll buy it for you." tanya lelaki yang berusia 20-an itu. Kacak.
" I tak nak apa- apa. I just want you. Hihihi." balas perempuan yang bernama 'Cat' tu.
' eeeiii.. Geli geleman dah aku dengar' Soffi bermonolog dalaman mengutuk pasangan yang berada di belakangnya.
" Aaa.. Miss, I want popcorn two and pepsi two. Arhh, plus hotdog jugak ehh." Soffi melemparkan senyuman manisnya kepada penjaga kaunter bayaran tu.
" Eeii, you look at her. She don't know how to take care of her weight. That is creepy. She eats a lot. Euuuww.. Untung you kan ada girlfriend macam I." kata si 'Cat' itu.
" Cat, what are you talking about? Nanti dia dengar. Let her be. None of your business." lelaki itu kelihatan sudah rimas dan fed up dengan kucing tak tahu untung tu.
Soffi berkalih dan pooomm!! Perang ketiga bakal berlaku di situ.
" OMG! What have you done, b*&^. It's my new cloth you know. I've just bought it in Paris. Senang- senang je kau tumpahkan air atas baju aku. Stupid!" kucing sudah menyeringai.
" Well, I'm sorry. I didn't mean it. I nak terjatuh tadi. Nasib la dah terkena baju buruk you." balas Soffi.
" You said what ? Baju buruk?" sebelum Cat berkata apa-apa, lelaki itu sudah menarik Cat. Dia memandang tanpa berkejip mata ketika melihat Soffi. Tiba-tiba dia tersedar dari lamunan.
" Aaa.. Miss. I'm so sorry. Saya boleh ganti your drinks if you want. Sorry sebab dia marah you. Here, duit untuk your drinks." lelaki itu menghulurkan not Rm10 kepada Soffi sebagai tanda ganti.
" No, it is okay. You don't have to pay back. It is my mistake. I have to go first. My boy have been waitin' for me. Sorry, excuse me." kata Soffi. dia enggan menerima wang tersebut. Bukannya dia tak mampu nak beli air yang lain.
' boy dia rupanya. hmm.'
" What?? I can't believe this Aidil? It's not fair!" Cat merajuk dengan tindakan Aidil yang tidak mempertahankannya. Baginya, Soffi sengaja menumpahkan air kerana ingin membalas dendam kerana kata- katanya kepada Soffi tadi.
" Soffi? Kenapa ni? Asal lambat sangat? Are you okay?" tanya Afiq kerana dia melihat wajah Soffi yang mencuka itu.
" Tak da apa- apa lah. Teringat dekat kucing yang berak depan rumah aku tadi." Soffi cuba menyembunyikan perkara yang berlaku sebentar tadi.
" Haha. Ada- ada je kau ni. Jom la masuk. Movie nak start dah." mereka melangkah masuk ke dalam panggung.
Mata itu tidak lari melihat gelagat Soffi. ' Kita berjumpa lagi, Soffi.'