CADBURY DAN KAMU bab 3

'Hmm. Lelaki tu macam aku pernah nampak tapi kat mana?' Soffi mula mengingati kembali nostalgia lalu. Kenangan lalu diimbas kembali satu persatu. Ahh, siapa dia lelaki itu? Tiba- tiba Soffi terpandang foto keluarganya yang terlihat kebahagiaan mereka di atas mejanya. Soffi tersenyum. Eh, gambar! Ya! Ya! Gambar. Mamat sengal tu! Kenangannya ketika pertama kali menjejakkan kaki di sekolah menengah terimbas kembali.

"Wahhh!! Mak datuk besarnya. Sure aku kurus keding je sepanjang lima tahun ni. Hmm.. Hirup sikit udara kat sini. Ahh.. Nyaman." Soffi begitu teruja sekali. Ternyata impiannya ingin menjejakkan kaki di sekolah yang terbaik. Ady lah yang menjadi perangsang untuk berjaya. Jika Ady sudah berjanji dengannya yang dia ingin menjadi seorang jurutera, Soffi pula nak jadi seorang akauntan. Ahh, dia terlalu rindukan Ady yang berhijrah ke Amerika ketika dia berusia 6 tahun.

Soffi sedang berdiri di tepi sebuah kolam ikan. Terdapat banyak ikan yang berwarna warni tetapi dia tidak melihat ikan itu sebenarnya. Dia sedang mengelamun. Memikirkan Ady. Wajah Ady jika berusia 17 tahun pada waktu itu. Hmm.. tak dapat dibayangnya. mesti kacak. Sudah lama dia berada di situ.Sehinggalah dia tersedar dari lamunannya. Ada seorang pelajar lelaki yang berada 50 meter dekatnya sedang menangkap gambar Soffi. Wah, terasa macam artis pula. Nak cakap yang dia tu model kaki tak sampai pula. Eh, apa dia merepek ni. Sengal punya mamat. Berani dia curi ambil gambar aku. Nasib aku tak korek hidung tadi.

"Oii! Apa kau buat hah? Kau ambil gambar aku ke? Kau tunggu situ." Soffi bergerak menuju ke tempat budak lelaki itu. Belum sempat Soffi ke situ, budak lelaki itu sudah pun membuka langkah seribu.
"Ciss, biadab betul. Kau belum kenal ini siapa. Ini Soffi adik angkat Usain Bolt hahahaha. Kau lari ek?"

Adegan kejar-mengejar sedang berlaku pada waktu itu telah menarik perhatian pelajar lain. Wah siapakah gadis yang berani itu mengejar seorang senior 'yang hot' tu? Semuanya sekali tertanya-tanya. Aidil buat jenayahkah?

"Woii!! Padam gambar tu! Eeeyarrgghhh!!" Jauh lari ke dia nak lari ni? Aku dah semput ni.
Tiba- tiba Soffi terlanggar seseorang dan dia jatuh di atas lelaki itu. Argh, malang lagi.

Lelaki itu berdiri dan menghulurkan tangannya untuk membantu Soffi berdiri. Tetapi Soffi bingkas bangun sendiri. Lelaki tetap menghulurkan tangan " Saya Afiq. Awak okey?"


Lawak pula bila teringat balik. Dah lepas kejadian tu Soffi dipandang pelik oleh pelajar lain. Hanya Afiq sahaja yang beria- ia ingin berkawan dengannya. Soffi tersenyum sendiri. Mesti gambar tu ada lagi dekat senior tu. Ahh, bencinya. Dia mandrem gambar tu ke?


..................................

"Hai Dolly! Mari sini ikut aku jap. Ada benda nak tanya." Soffi menarik Dolly yang sedang berada dengan rakan kelasnya. Dolly ni boleh dikatakan rapat dengan Soffi ketika di sekolah dulu. Dolly juga pernah bercinta dengan senior paling popular kat sekolah tu. Biasalah orang cantik, siapa tak nak. 
" Ada apa beb. Macam penting je." Dolly dalam kebingungan. " Memang penting pun. Ni antara hidup dan mati aku. Aku nak minta tolong ni." Saja Soffi buat teruk. Pada hal bukan ada apa pun. "Kau ok ke beb? " Dolly mula mengambil berat. " Kau dulu couple dengan Amir kan? Kau kenal tak kawan- kawan dia? Yang sama batch dengan dia?" Tanya Soffi. " Err. Kenal la sikit -sikit."  "Kau kenal ada sorang mamat ni dia photographer kut, yang pasti dia suka pegang kamera. Emm, muka dia macam chinese look?'' Soffi cuba menerangkan ciri- ciri lelaki tersebut.

"Aku tak ingat ah beb. Sorry arr. Time tu aku nampak Amir je. Hehe." Gatal betul minah ni. Dia sambung bicaranya " Ehh, apa kata kau datang rumah aku petang ni? Kita boleh cari sama-sama."  "Maksud kau? Nak cari guna apa?" Soffi mengerutkan dahinya. "Kau datang je lah. Aku tunggu."


Petang itu, Soffi memandu Swift putihnya ke rumah Dolly seprti yang dijanji. " Assalamualaikum, Dolly!" "Waalaikumsalam. Hah, Soffi! Sampai pun. Meh masuk." Soffi menjejakkan kaki masuk ke rumah Dolly. Mereka menuju ke bilik Dolly di tingkat atas. Dolly mengeluarkan satu kotak. Dituangnya kotak itu yang berisi majalah sekolahnya dulu. "Nah cuba kau cari  tengok kat sini ada majalah dari tahun sebelum kita masuk sekolah tu lagi." Soffi melihat Dolly dengan muka teruja sekali. "Banyaknya beb. mana kau dapat ni? Tak teringat aku pasal majalah ni. Anyway, majalah aku punya aku lempar mana entah. Nasib kau ada."


Mereka meneruskan mencari gambar lelaki itu. Soffi dah jumpa wajah yang dicari. "Wehh, Dolly! Aku dah jumpa! Yay!" Akhirnya setelah 5 tahun dia mencari. Haha. Macam program Fitrah Kasih la pula. "Weyh! Mamat ni ke yang kau kata? Tengku Aidil Ashraff? Gila ahh. Kau ada apa -apa ke dengan dia? Gila hensem weyh dia ni. Dulu aku nak kat dia tapi dia tak layan girl. Apa cerita? Bagitahu aku cepat!" Dolly sudah menjadi seperti wartawan dekat Melodi. Bikin panas betul. " Haha. Rileks la cik Dolly oii. Tak ada apa pun. Dulu kau ingat kan Aku pernah kejar sorang mamat ni first time masuk sekolah dulu? Dia ni la yang aku kejar." Soffi menerangkan hal itu kepada Dolly. " Beb, apa- apa pun Aku nak cakap kat kau. Aidil tu dah jadi idola aku. Dia tu pelajar cemerlang kot. Dapat study dekat UK lagi dalam bidang Engineering. Aku jealous gila dengan dia. Tapi lepas dia habis SPM je aku tak dengar pasal dia dah. Dia hilang macam tu je. Untunglah kau." "Untunglah sangat kan? Pfffttt." Mereka berdua ketawa.



..................................................

Afiq membelek - belek cincin yang bertatah berlian itu. Minggu depan birthday Soffi. Dia bakal membuat kejutan kepada Soffi dan dia akan pastikan Soffi akan bersetuju menerimanya. Mungkin pada masa itu, Soffi akan terharu dengan kejutan itu. "Soffi, maafkan aku. "

iligirlpower copyright @ hak milik terpelihara ili wanie