CADBURY DAN KAMU bab 4

     Pagi yang indah. Hmm, no calls. Soffi bangun dengan matanya terkebil-kebil. Baru bangun daripada tidur. Semalam, dia bermimpi indah tapi dah tak ingat. Kata orang kalau mimpi kita tak ingat barangkali boleh jadi kenyataan. Soffi tersenyum. Dia menuju ke bilik air untuk membersihkan diri sebelum menghadap Ilahi.

      Kakinya menuruni anak tangga rumah agam itu. Kelihatan Datin Suhaila sedang tersenyum kepadanya. Ahh, tiada siapa dapat menandingi senyuman itu. "Honey anak mama, Happy Birthday sayang. I love you so much."
Satu layangan ciuman terlekat di pipi Soffi. Hari ni genaplah Soffi berumur 18 tahun. Semakin terasa dirinya sudah semakin meningkat dewasa. " Soffi, someone had left this infront of our house and theres got your name on it" Datin Suhaila menyerahkan kotak hadiah itu kepada Soffi. Mistery guy again? Like last last years? Soffi membuka kotak itu. Coklat Cadbury Blackforest lagi. Hadiah yang diterima masih sama seperti sebelum ini  cuma jumlahnya yang bertambah kepada 18 bar. " Mama tolong simpan ek." Soffi menyerahkan kotak itu. Soffi menarik kerusi di meja makan. Datuk Danial memandang Soffi dengan wajah yang manis. Tidak menyangka anak gadisnya sudah membesar dengan begitu cepat sekali. " Happy birthday. Here, we've got something for you." Datuk Danial memanggil anaknya supaya dekat dengannya.
Datuk Danial mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. "Wahh, kidding me, pa? A car? Like seriously? Is it my present? Mama?" Soffi begitu teruja. " Pergilah tengok dekat luar." kata Datin Suhaila. 

      Swift comel berwarna putih yang menjadi igauannya kini di depan mata. Senyumnya rasa dah lebih daripada telinga ni. Diusapnya Swift tu dengan kasih sayang. "Amboi sayang betul Aya dengan kereta tu. Jangan lupa mama dengan papa sudah." Datuk Danial mengingatkan Soffi. " Of course, i'm not. Thanks for the gift. Aya terharu giler." Soffi mencium kedua ibu bapanya. Ibu bapanya sangat menyayanginya. "Oh ya, tonight we have a dinner with Ady's family. They had returned from US. Now, they're in Malaysia. I can't wait for tonight just to see them. Mesti Ady sekarang ni dah besar." Ujar Datin Suhaila yang teringat akan pertemuan dua keluarga ini. " What? Mereka dah balik ke? Hmm.. Mama. i've got to go. it's already 8.30. Ada class. Bye!" Soffi terus merasmikan Swift itu. " Aya! Balik awal ok! Drive safely!" jerit Datin Suhaila.

        Beg sandangnya diletak tepi. Seronok memandu tadi. " Wahh. ada bau kedai la dekat sini.Hahahahhaha." seorang rakan kuliah menegur Soffi. Soffi hanya tersengih seperti kerang busuk. " By the way, Happy birthday. Ni ada orang kirim something kat kau." Sekeping kad comel diambilnya. Tertera gambar kartun matahari yang comel dan perkataan " to my little sunshine". Soffi membuka kad itu kerana tidak sabar lagi ingin mengetahui isi kandungannya.


 " Meet me at the rooftop. 5 p.m. Make sure u sharp. :) "

       Soffi tersenyum lagi. Ahh, hari ni sungguh bahagia. Hatinya sudah berbunga girang. Apa mimpinya bakal jadi kenyataan? Wahh, tak sabarnya.



...............................................................



     Soffi menaiki rooftop di sebuah bangunan yang pernah menjadi tempat dia dan Afiq menghabiskan masa bersama. Lama dia tidak menjejakkkan kakinya di situ. 

    Dia melihat ada meja yang terhias indah di situ tapi Afiq mana? "Hey Soffi, I'm here." Kedengaran suara Afiq di belakangnya. Lantas Soffi memusing badannya 180 darjah menghadap Afiq. Afiq berjalan mendekati Soffi yang jaraknya hanya beberapa langkah. Afiq berhenti di situ dan menghulurkan sejambak bunga ros merah yang dari tadi disorok di belakangnya. " Happy Birthday!" Soffi hanya mampu tersenyum. Romantik jugak Afiq ni. "Jom duduk kat situ" Afiq menunjukkan ke arah meja tadi. Soffi membuntuti Afiq yang sedang menuju ke meja tersebut. Afiq menarik kerusi untuk Soffi untuk dia duduk. 

   "Makan la. I've made them special just for you." kata Afiq. Masak? Tuihh.. Tunggu kucing bertanduk la baru kau nak masak Afiq oii..  " Oh really, that so sweet of you. Tapi nampak macam lauk kedai je. Hahaha.." kata Soffi. "Err, let's eat now. Nanti makanan jadi sejuk." Cepat sahaja Afiq mengajak Soffi makan. 


 " Ehemm.. Ehem.. Aaaa.. Soffi. I need to tell you something." Afiq tergagap-gagap mengatur bicaranya. Sejak bila dia ada penyakit gagap ni??

" Yes, ada apa Fiq? Ada masalah ke?" tanya Soffi. Dia berasa hairan kerana Afiq hari ini betul- betul kelihatan lain daripada biasanya. Tiba- tiba Afiq bangun daripada kerusinya. Dia melangkah kakinya perlahan menapak di sebelah Soffi. Kemudiannya, Afiq melutut di hadapan Soffi. Soffi kebingungan dan masih tidak dapat menangkap perlakuan Afiq itu. Apehal mamat ni? Takkan lahh..

  " Dayana Soffiya binti Muhammad Danial. Err.. Sudikah awak.. Sudikah... Sudikah awak menjadi buah hati, intan payung manja saya?" kata- kata Afiq telah menggeletek hati Soffi tetapi dia sedaya upaya menahan ketawanya. 'Dia propose aku? Finally.'

  " If i say no what will you do? " ujar Soffi. Dia ingin melihat sejauh mana Afiq inginkan dirinya. " Hmm.. Saya akan buat awak jatuh cinta dengan saya. i don't care when is it but i will make you fall." Afiq menjawabnya dengan lembut sekali. Sudah hilang panggilan 'kau' 'aku'. Ini membuatkan Afiq kelihatan sangat romantik. Ahh,, Soffi telah jatuh cinta. Ya, jatuh cinta buat kali kedua. Entah cintanya yang pertama itu betul atau tidak. Perasaannya terhadap Ady. Yang pasti lelaki itu pasti telah melupakannya.

" Soffi? Awak teringat apa tu? Err.. Will you?" Afiq cuba merungkaikan lamunan Soffi. Soffi tersentak lalu membuat muka tak cukup sepuluh sen dia tu. " Cincin mana? Bunga tak ada ke? Afiq ni tak romantik lah."
Soffi membuat suara manja 56% dan gedik 34%. " Ouhh, Afiq lupa. Ni dia cincin. Err bunga Afiq dah bagikan tadi?" Soffi tersenyum lalu menyuakan tangan kanannya untuk Afiq menyarungkan cincin itu. Wah, the best birthday celebrate ever ni. She gonna remember this forever. Afiq memainkan watak baru dalam hidup Soffi selepas ini.  


iligirlpower copyright @ hak milik terpelihara ili wanie